Thursday, November 5, 2009

ucapan penutup MIGTY 2009

Hadirin yang dikasihi,

Air yang tidak mengalir, yakni air yang berada kaku tidak bergerak, maka lama lama air itu akan rosak. Tapi air yang mengalir seperti air di lata, di sungai yang indah tentu sekali tidak akan rosak. Begitulah pepatah bahasa arab, perumpamaan ini ditujukan kepada seorang pemuda,jika mereka terlalu banyak masa kosong,masa luang, atau masa lapang maka masa luang itu akan membunuh pemuda tersebut(diubahsuai dari buku aku terima nikahnya). Berbanding jika pemuda itu atau remaja itu dipenuhkan masa mereka dengan aktiviti aktiviti terancang dan bermatlamat , yang boleh kita sebutkan juga program MIGTY sebegini.

Hadirin yang dihormati,

Dihari yang bermakna ini, izinkan cikgu untuk membawa tiga kisah kehidupan. Iaitu kisah Si Ayam Kampung, Kisah Si Ayam Bandar, Dan Kisah Si Itik Serati.(Diubah suai dari buku Imaginasi Cemerlang)
Ayam kampong kisahnya lasak. Kalau hendak merasa daging nya bukan mudah,harganya pun mahal. Sehari kita mengejar ke hulu, ke hilir, ke ketengah , ke tepi malah ke hujung kampung pun belum tentu tertangkap si ayam kampung ini. Kadang kadang satu kampung mengejar , baru dapat kenduri gulai ayam kampung.kalau resepi ustaz hairul hisyam , gulai kawah si ayam kampung. Tapi yang lucunya lepas kena sembelih si ayam ini masih boleh berdiri, berjalan lagi seakan tak mahu mati.

Kisah si ayam bandar, letak, lepaskan dari sarangnya, rebannya, tahu nak pergi ke mana,masih di situ situ juga si ayam bandar ini. Kalau nak sembelih tak usah cerita la. Senang aje tangkap. Seorang diri pun boleh sembelih. Tak Payah pegang berdua. Cara ini kena tanya cikgu nik anuar. Pakar Ayam.

Begitulah para pelajar dan hadirin sekalian, semasa MIGTY ini. Kita melatih pelajar agar menjadi seperti si ayam kampung, kita tak mahu mereka menjadi si ayam bandar. Malah kalau boleh biar menjadi si ayam sabung, tapi jangan la pula menjadi si ibu ayam telur sebiji riuh sekampung.

Hadirin sekalian,

Rasanya biarlah kisah si itik cikgu ceritakan tahun depan untuk kamu. Kalau nak dengar pastikan mendaftar ke tingkatan empat di MRSM K. Kinabalu.

Sebenarnya , cikgu minta di masukkan agenda ucapan penyelaras ini dengan cikgu razif bertujuan khas untuk merakamkan ucapan terima kasih pihak MIGTY.

1. Ribuan terima kasih dari organisasi MIGTY khas buat Tuan Pengetua Tn Haji Ibrahim b Othman dan buat pihak seisi pihak pengurusan di atas keprihatinan pihak pengurusan untuk segala jasa dan budi, tanpa pihak pengurusan yang sporting dan supportive sukar untuk sebarang perencanaan menjadi realiti. Sukar untuk beraksi apalagi menjayakan program 3 minggu yang penuh detik detik memori ini.
2. Sekalung Tahniah yang tidak terhingga besarnya buat semua guru AJK yang terlibat . Allah jua yang membalas jasa kalian di akhirat kelak. InsyaAllah. Amin Ya RABB. Kerana tuan puan adalah si celik yang memimpin sibuta.jika kita mengharapkan sibuta memimpin sibuta, maka kedua-duanya jatuh ke dalam parit.
3. tahniah dan tepukan juga buat semua pelajar PAMER 2009.Masa kamu untuk menjadi matang sudah sampai. Semoga berjaya melangkah gagah ke depan dengan yakin dan sabar. Hingga kita jumpa lagi ,' semuga bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah'(dipetik dari buku aku terima nikahnya).
Wabilahitaufik wahidayah wassalamualaikum w.b.t.