Friday, June 4, 2010

"pesanku buat diriku dan buat tuan" siri 1

catatan ini dipetik dari saudara kreakreemrsmmersing, sangat menarik untuk di kongsi. Anda pasti tak akan menyesal membacanya hingga ke hujung noktah. bacalah!

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a.
berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun
sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan
mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan
tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan
tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu
mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan
musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan
bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh
dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali
kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan
kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa
hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh
para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya,
tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur,
meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya
ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang
dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa
hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan
agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh,
terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya
sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan
diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat
Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau
ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat
dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma'thurat, kaunseling
diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi
iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan
bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di
pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam
diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu
yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM
beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di
peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap
dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan
diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah
kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu
merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda
mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40
hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu 'Ain),
maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi
keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua
berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama
mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan
dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab
(tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan
menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf
al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam
majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya
dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa
hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan
anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi
semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai
bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w.
ada bersabda maksudnya, "Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah
dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan
ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu."

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang
Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai
masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri,
tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan
dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan
kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan
hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak
Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan
negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat,
persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama
ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada
dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh
daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka
renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh
Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu
berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana
kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang
selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri
menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu
yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah
pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah,
akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari
belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT
(selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya
kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang
menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias
rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk
satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk
isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan
bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta
hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat
kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

sumber: Muhammad Adli Rozak.April 07, 2010 .adlie@kck.usm. my

Thursday, November 5, 2009

ucapan penutup MIGTY 2009

Hadirin yang dikasihi,

Air yang tidak mengalir, yakni air yang berada kaku tidak bergerak, maka lama lama air itu akan rosak. Tapi air yang mengalir seperti air di lata, di sungai yang indah tentu sekali tidak akan rosak. Begitulah pepatah bahasa arab, perumpamaan ini ditujukan kepada seorang pemuda,jika mereka terlalu banyak masa kosong,masa luang, atau masa lapang maka masa luang itu akan membunuh pemuda tersebut(diubahsuai dari buku aku terima nikahnya). Berbanding jika pemuda itu atau remaja itu dipenuhkan masa mereka dengan aktiviti aktiviti terancang dan bermatlamat , yang boleh kita sebutkan juga program MIGTY sebegini.

Hadirin yang dihormati,

Dihari yang bermakna ini, izinkan cikgu untuk membawa tiga kisah kehidupan. Iaitu kisah Si Ayam Kampung, Kisah Si Ayam Bandar, Dan Kisah Si Itik Serati.(Diubah suai dari buku Imaginasi Cemerlang)
Ayam kampong kisahnya lasak. Kalau hendak merasa daging nya bukan mudah,harganya pun mahal. Sehari kita mengejar ke hulu, ke hilir, ke ketengah , ke tepi malah ke hujung kampung pun belum tentu tertangkap si ayam kampung ini. Kadang kadang satu kampung mengejar , baru dapat kenduri gulai ayam kampung.kalau resepi ustaz hairul hisyam , gulai kawah si ayam kampung. Tapi yang lucunya lepas kena sembelih si ayam ini masih boleh berdiri, berjalan lagi seakan tak mahu mati.

Kisah si ayam bandar, letak, lepaskan dari sarangnya, rebannya, tahu nak pergi ke mana,masih di situ situ juga si ayam bandar ini. Kalau nak sembelih tak usah cerita la. Senang aje tangkap. Seorang diri pun boleh sembelih. Tak Payah pegang berdua. Cara ini kena tanya cikgu nik anuar. Pakar Ayam.

Begitulah para pelajar dan hadirin sekalian, semasa MIGTY ini. Kita melatih pelajar agar menjadi seperti si ayam kampung, kita tak mahu mereka menjadi si ayam bandar. Malah kalau boleh biar menjadi si ayam sabung, tapi jangan la pula menjadi si ibu ayam telur sebiji riuh sekampung.

Hadirin sekalian,

Rasanya biarlah kisah si itik cikgu ceritakan tahun depan untuk kamu. Kalau nak dengar pastikan mendaftar ke tingkatan empat di MRSM K. Kinabalu.

Sebenarnya , cikgu minta di masukkan agenda ucapan penyelaras ini dengan cikgu razif bertujuan khas untuk merakamkan ucapan terima kasih pihak MIGTY.

1. Ribuan terima kasih dari organisasi MIGTY khas buat Tuan Pengetua Tn Haji Ibrahim b Othman dan buat pihak seisi pihak pengurusan di atas keprihatinan pihak pengurusan untuk segala jasa dan budi, tanpa pihak pengurusan yang sporting dan supportive sukar untuk sebarang perencanaan menjadi realiti. Sukar untuk beraksi apalagi menjayakan program 3 minggu yang penuh detik detik memori ini.
2. Sekalung Tahniah yang tidak terhingga besarnya buat semua guru AJK yang terlibat . Allah jua yang membalas jasa kalian di akhirat kelak. InsyaAllah. Amin Ya RABB. Kerana tuan puan adalah si celik yang memimpin sibuta.jika kita mengharapkan sibuta memimpin sibuta, maka kedua-duanya jatuh ke dalam parit.
3. tahniah dan tepukan juga buat semua pelajar PAMER 2009.Masa kamu untuk menjadi matang sudah sampai. Semoga berjaya melangkah gagah ke depan dengan yakin dan sabar. Hingga kita jumpa lagi ,' semuga bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah'(dipetik dari buku aku terima nikahnya).
Wabilahitaufik wahidayah wassalamualaikum w.b.t.

Monday, October 5, 2009

selamat hari raya


dalam menyambut hari raya jangan sesekali lalai tentang matlamat raya.terutama kaum wanitaku sayang.

Wednesday, August 19, 2009

selamat datang ke blog pak maha

aku minta berlindung dengan kalimat kalimat Allah yang sempurna daripada apa apa kejahatan yang Dia ciptakan